Jumaat, 7 Januari 2011

Tema Novel Papa ....akhirnya kau tewas jua....

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Papa. . .akhirnya kau tewas jua! karya Deanna Yusof.
Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga yang menjadi asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, kasih sayang seorang suami terhadap isteri dan anaknya menjadi kunci kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Tidak kira apa jua halangan mahupun rintangan, kasih sayang antara ahli keluarga tidak akan pudar jika kasih sayang berlandaskan keikhlasan dan kejujuran.
Tema ini dikaitkan dengan kasih sayang yang mendalam antara Jeffri (Papa) dengan Intan Maliana (Mama) dan anak perempuan tunggal mereka, Julia. Papa begitu mengambil berat akan kebajikan mama dan Julia. Atas kesedaran bahawa seorang suami harus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isteri dan anak, Jeffri memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh dan baik sekali.
Kasih sayang antara tiga beranak tersebut jelas dilihat apabila mama sanggup mengandung lagi walaupun risiko untuk menghadapi komplikasi amat tinggi. Sewaktu melahirkan Julia, mama telah menjadi koma manakala Julia yang tidak cukup bulan menghidapi penyakit demam kuning. Mama menghadapi komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya. Selepas melahirkan kembar siam tersebut, mama koma manakala kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan. Peristiwa ini meninggalkan impak besar kepada papa. Namun, papa tidak lupa tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Walaupun kasih sayang papa terhadap mama amat mendalam, papa tetap merasa sunyi seperti manusia lain. Dalam kesunyian hiduplah hubungan intim antara papa dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di universiti. Papa akhirnya mengambil Aisyah sebagai isteri. Sekali lagi, papa berasa bahagia sejak kehadiran Aisyah yang mampu membahagiakannya. Namun kasih sayang papa terhadap mama tidak pernah pudar.
Mama yang baru sedar daripada koma terkejut akan berita bahawa dia dimadukan. Apabila mama meninggal dunia, papa menangis buat pertama kalinya kerana dia berasa cukup kehilangan atas pemergian orang yang paling dikasihinya.

2 ulasan:

  1. dgn ad ny blog niy m'mdah pljar2 spm t0k mlkukan krja yg d bri 0leh gru2 d sklh . . .

    BalasPadam
  2. Thank you, i got a bm test for tomorrow and i think this will helps me alot

    BalasPadam