Jumaat, 7 Januari 2011

Persoalan Novel Papa ....akhirnya kau tewas jua....

KETABAHAN DALAM MENGHADAPI DUGAAN HIDUP
•Papa terpaksa menerima realiti bahawa mama koma dan zuriatnya meninggal dunia. Kebahagiaan hidup keluarganya tiba-tiba sahaja diragut oleh nasib malang yang langsung tidak diduganya sama sekali. Namun begitu, papa tabah menghadapi liku-liku hidupnya.

•POLIGAMI DALAM SESEBUAH KELUARGA
•Akibat kesunyian ketika mama koma, papa membuat keputusan untuk memperisteri Aisyah. Pada mulanya, keinginan papa dibantah hebat oleh Julia. Bagi Julia, papa sepatutnya setia dengan mama, terutamanya pada waktu-waktu genting seperti keadaan mama yang koma, bukannya menduakan mama. Namun, papa berjaya memujuk Julia.

•KEGIGIHAN MENIMBA ILMU PENGETAHUAN
•Julia begitu gigih mengulang kaji pelajarannya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Berkat kegigihannya, dia lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan mengikuti pengajian Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

•PENGORBANAN DEMI ORANG YANG DICINTAI
•Mama sanggup hamil lagi sekali walaupun berisiko untuk menghadapi komplikasi. Namun, demi membahagiakan papa, mama sanggup menempuh segala dugaan yang bakal dihadapinya. Akhirnya, mama koma akibat komplikasi yang dihadapinya sewaktu melahirkan kembar siam. Kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan.

4 ulasan: