Jumaat, 7 Januari 2011

Watak dan Perwatakan Novel Papa ....akhirnya kau tewas jua....

INTAN JULIA
Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah seorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.


  • PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.


  • KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.


  • KETABAHAN


Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.


  • BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .


JEFFRI / papa
Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.


  • PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.


  • PENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.


  • TAAT PADA PERINTAH ALLAH
Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.


  • PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.

INTAN MALIANA / mama

Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri Gading.


  • SANGGUP BERKOORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.


  • TEGAS PENDIRIAN
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.


  • BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.


  • PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa.

MAKCIK NORAINI

· Sepupu kepada Jeffri.· Tinggal bersama Jeffri setelah kematian suami dan dua orang anaknya dalam suatu kemalangan jalan raya.· Dia menjaga Julia sejak bayi sehingga dewasa.· Banyak mengetahui perihal keluarga Jeffri dan sejarah percintaan mereka.· Sentiasa mengambil berat tentang Intan Julia dan sering member nasihat kepada Intan Marliana.

RASYLAN

· Anak angkat kepada Datuk Mustakim. Dia diambil oleh Datuk Mustakim daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.· Rasylan lahir hasil daripada hubungan terlarang bapanya seorang pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorang pekerja Indonesia.· Tidak mahu mengakui bapa kandungnya yang dirasakan tidak bertanggungjawab.· Kawan rapat Intan Julia.

2 ulasan: